Tuesday, August 17, 2010
Storm 3
Selain itu, Storm 3 ini akan mempunyai operating system (os) 6 berbanding dengan versi Storm sebelum ini yang tidak dapat support os 6.
Sent from my BlackBerry® Bold 9700 wireless device.
Tuesday, August 10, 2010
BlackBerry® Smartphone bukan ancaman
Ketika isu penggunaan telefon pintar BlackBerry® Smartphone bakal dilarang di negara-negara seperti Arab Saudi (Arab Saudi sudah mengharamkan penggunaan BlackBerry® Smartphone sejak Jumaat, BlackBerry® Smartphone6 Julai, 2010) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) (UAE sedang mempertimbangkan semula larangan itu), kami di BlackBerry User Group Malaysia (BBUGMy) berpendapat ada maklumat tertentu yang perlu diperjelaskan. Masalah keselamatan dijadikan sebagai alasan mengapa negara-negara berkenaan melarang penggunaan peranti ini.
Pada awal pengenalan BlackBerry® Smartphone adalah peranti komunikasi, direka untuk melindungi data pengguna atau privasi pengguna. Ketika ia diperkenalkan kepada pengguna peranti komunikasi pada tahun 2000, ia menumpukan kepada komuniti perniagaan yang memerlukan peranti komunikasi untuk menyimpan butiran penting dan maklumat serta menggunakannya di mana-mana mereka berada, tanpa perlu membawa talian telefon, modem dan terminal komputer.
Lapan tahun kemudian, Research In Motion (RIM), pengeluar peranti berkenaan, memperkenalkan BlackBerry® Smartphone untuk pengguna biasa sekaligus mencipta sebuah fenomena baru dalam komunikasi, kerana BlackBerry® Smartphone bukan sekadar telefon bimbit, ia adalah peranti rangkaian sosial, telefon pintar, dengan fungsi serupa dengan komputer biasa.
Banyak pengguna BlackBerry® Smartphone menggunakannya untuk akses yang mudah alih ke email, aplikasi, media dan Internet. Sebagai komuniti yang mempromosi dan mendidik pengguna, pengguna BlackBerry® Smartphone atau sebaliknya, kami merasakan bahawa beberapa andaian mengenai peranti komunikasi ini adalah mengelirukan.
Andaian bahawa semua data pengguna BlackBerry® Smartphone disimpan di beberapa pelayan (server) di Kanada, adalah tidak benar kerana semua data bergerak antara peranti BlackBerry® Smartphone melalui pelayan rangkaian operasi di Kanada, dan tidak disimpan di mana-mana pelayan.
Berdasarkan kepada satu maklumat dalaman daripada RIM kepada pelanggannya, ada beberapa fakta membabitkan struktur pelayan yang digunakan. Pengekodan data yang kukuh adalah satu keperluan yang perlu dipatuhi oleh semua perkhidmatan emel tanpa wayar, dan ia tidaklah sesuatu yang hanya digunakan pada pelantar yang digunakan BlackBerry® Smartphone.
Menurut RIM lagi, pengekodan yang kukuh itu adalah satu keperluan asas untuk pelbagai produk teknologi yang membolehkan entiti perniagaan beroperasi dan bersaing sama ada dalam dan luar negara.
Struktur keselamatan BlackBerry® Smartphone direka cipta khusus untuk membolehkan pelanggan korporat dengan kebolehan memindahkan maklumat secara tanpa wayar dan pada masa sama meyakinkan mereka bahawa tiada sesiapa, termasuk RIM yang boleh melihat data itu.
Struktur keselamatan untuk pelanggan BES adalah berdasarkan kepada sistem kekunci bersimetri (symmetric key system) yang membolehkan pelanggan mencipta sendiri kekunci dan hanya pelanggan yang menyimpan salinan kod kekunci itu.
Semua data dikodkan menggunakan kekunci pelanggan sendiri dan disimpan hanya di pelayan BES dan pada peranti BlackBerry® Smartphone. Malah opetrator Infrastruktur BlackBerry (BIS) tidak mempunyai laluan kepada kekunci pelanggannya, sekaligus tidak dapat melihat isi kandungan setiap mesej.
RIM tidak mempunyai kekunci utama atau ada cara lain dalam sistem itu yang membolehkan RIM atau pihak lain, secara haram, memperoleh kekunci atau data korporat atau maklumat lain.
Ia sengaja direkacipta sedemikian bagi menghalang RIM atau mana-mana pihak ketiga membaca maklumat yang dikodkan dalam sebarang keadaan dan pada masa sama, RIM juga tidak boleh melayan sebarang permohonan untuk memperoleh sesalinan kekunci kod milik pelanggan kerana bukan saja RIM, malah syarikat telekomunikasi juga tidak mempunyai salinan berkenaan.
Pada masa sama, struktur keselamatan BlackBerry® Smartphone juga direkacipta untuk berfungsi sebagai sistem global yang bebas dari segi geografi, iaitu lokasi pangkalan data dan pilihan syarikat telekomunikasi adalah faktor yang tidak ada kena mengena, dari segi keselamatan, memandangkan pengekodan punca ke punca (end-to-end) digunakan.
Semua data akan dikod sebaik seseorang menghantarnya, sehingga ia diterima peranti penerima dan akan ditafsirkan semula oleh peranti penerima, dengan tidak ada kemungkinan bagi sesiapa pun menterjemahkan data berkenaan, ketika data itu sedang dihantar.
BlackBerry® Smartphone adalah untuk menggalakkan hubungan yang lebih baik antara manusia, memendekkan masa untuk menyelesaikan tugasan, selain dalam keadaan tertentu, boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa. Sebagai contoh, ketika kejadian 9 / 11, ada seorang pengguna BlackBerry® Smartphone, Craig Johnston, yang ketika itu menggunakan BB jenis RIM 857, yang beroperasi sepenuhnya pada rangkaian terpencil, boleh menghantar dan menerima mesej ketika semua rangkaian komunikasi terputus dan tidak boleh digunakan.
Malah, ketika gempa bumi melanda Haiti, sistem pesanan BlackBerry® Smartphone (BBM) menjadi talian hayat kepada pengguna peranti ini, apabila talian telekomunikasi terjejas teruk.
Baru-baru ini, di negara kita, BlackBerry® Smartphone digunakan sebagai alat untuk menyebarkan rayuan oleh seorang bapa, ketika dua anaknya perempuan dilarikan ketika kereta yang mereka naiki, di dicuri.
Rayuan bapa berkenaan disebarkan oleh mereka yang menggunakan BlackBerry® Smartphone dengan menggunakan BlackBerry Massenger (BBM) yang percuma, tidak seperti SMS biasa.
Kami tidak bermaksud untuk mengatakan BlackBerry® Smartphone yang membawa kepada penemuan kedua-dua gadis berkenaan, sebaliknya kami berpendirian, sebagai alat komunikasi, BlackBerry® Smartphone menawarkan pelbagai fungsi apabila digunakan untuk kebaikan.
Seperti alat komunikasi lain, kita juga tidak menafikan bahawa BlackBerry® Smartphone pernah digunakan untuk menyebar idea buruk dan perancangan mereka yang berniat jahat untuk mencapai agenda tersembunyi yang berbahaya.
Namun, adalah salah untuk hanya menyalahkan kepada peralatan, kerana ia hanya bertujuan untuk membuat hidup kita lebih mudah dan komunikasi yang lebih baik. Lagi pun, bukankah kita sedang menuju kepada kehidupan dunia tanpa sempadan.
BBUGMy, yang mewakili lebih 1,000 pengguna BlackBerry® Smartphone, merasakan kerajaan perlu menimbangkan sebarang cadangan untuk mengharamkan penggunaan peranti ini berikutan ia digunakan dengan sangat meluas, melangkaui batasan dan had usia, latar belakang pendidikan serta lapisan masyarakat.
BlackBerry® Smartphone bukan saja digunakan oleh golongan korporat dan profesional, ia kini turut digunakan oleh pelajar dan sesiapa saja yang merasakan penggunaan telefon pintar seperti BlackBerry® Smartphone memudahkan dan membantu mereka dalam melaksanakan tugas harian.
Pengharaman penggunaan BlackBerry® Smartphone hanya akan merugikan ramai pihak, terutama mereka yang menggunakan peranti ini sepenuh masa, membabitkan urusan perniagaan ataupun segala urusan yang perlu ditangani dengan segera.
Nelson Rizal Radzmi
Presiden,
Blackberry User Group Malaysia (BBUGMy)
http://www.facebook.com/bbugmy
Sent from my BlackBerry® Bold 9700 wireless device.
Sunday, August 8, 2010
Cara-cara upgred os hybrid II
1) Masuk ke C:\Program Files\Common Files\Research in Motion\Shared\Loader\
2) Delete folder yang berada di dalam folder Loader tu
3) Run CCleaner & scan fix registry
4) Install os official RIM utk blackberry korang
5) Delete file vendor.xml dlm C:\Program Files\Common Files\Research in Motion\AppLoader\
6) Kemudian, install WB Hybrid os utk blackberry korang
7) Pastikan nama folder yang diinstall tu adalah SAMA dengan folder yang terdapat di C:\Program Files\Common Files\Research in Motion\Shared\Loader\
8) Setelah siap install, klik finish & program 'Shrink-A-OS' akan keluar
9) Pilih/tick mana2 program yg korang x mau
10) Tick select folder d bahagian atas
11) Klik shrink os
12) Selepas itu, minimize tu program Shrink-A-OS (jgn close!!)
Pada tahap ini, baru la korang connect bb korang ke pc
1) Sambung bb ke pc/laptop
2) Buka BBSAK
3) Klik 'Kill Process'
4) Klik reconnect
5) Klik wipe
6) Biarkan bb korang restart sendiri
7) Korang akan nampak 'error 507 reload software'
8) Klik wipe sekali lagi & maximize program 'Shrink-A-OS' tu (perhatikan bb korang)
9) Apabila lampu merah bb korang menyala, klik Loader di 'Shrink-A-OS'
10) Klik next, next & next (pd peringkat ini, korang xperlu bimbang apa2)
11) Klik finish bila da siap & bb korang akan restart sendiri..
12) Siap :)
*** Dalam masa 48jam, performance bb korang xlah pd tahap optimum (tp lebih laju drpd sebelum upgred hybrid). Pastikan korang cabut bateri & pasang bateri sbanyak 4-5 kali dlm masa tersebut. ***
Selamat mencuba.
P/s: Sy xbertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan pd bb korang semasa proses upgrading hybrid tersebut. Risiko adalah tanggungjawab korang sendiri... Heee :p
Sila hubungi saya di sharq_79@yahoo.com.sg atau 013-8843017 untuk maklumat lanjut.
Sent from my BlackBerry® Bold 9700 wireless device.
Thursday, August 5, 2010
Cara-cara upgred os hybrid
1) BlackBerry® Desktop Manager
2) BBSAK
3) Official OS yg boleh dimuatturun dr web blackberry.
4) WillyBoy OS Hybrid utk blackberry korang
======
Sent from my BlackBerry® Bold 9700 wireless device.
Masalah trackpad Blackberry 8520 Gemini
Saya baru mengalaminya semalam. Kunun2 mau mau upgred hybrid gemini kazen sy. Last2 bila dah selesai, trackpad tidak bgerak langsung *sigh*... Dr pukul 7pm hingga 12am masih lagi 'hang'. Dah banyak kali try reinstall os lama, os baru mahupun os hybrid trackpad tetap x jalan.
Terpaksa bagi dia pakai onyx sy sementara bb dia dibaiki (satu pengorbanan yg sungguh perit!! Hahahaha)
Rupa2nya penyelesaiannya sungguh mudah!!
Punca trackpad 'hang':
1) Bb pernah terjatuh
2) Memang masalah os
Penyelesaian:
1) Buka bateri
2) Buka simkad & korang akan nampak metal d bb tu
3) Tekan kuat2 disepanjang metal tu
4) Masukkan simkad & bateri
5) Siap!! :d
Selamat mencuba... :)
Sent from my BlackBerry® Bold 9700 wireless device.
Wednesday, August 4, 2010
Apa itu os hybrid?
Os hybrid ini dibangunkan sendiri oleh pengguna2 blackberry seperti willyboy.
Bagi saya, dengan menggunakan os hybrid ini, segala2nya menjadi lancar berbanding os sebelum ini.
Next posting nanti saya akan tunjukkan cara-cara menginstall os hybrid ini. :)
Sent from my BlackBerry® Bold 9700 wireless device.
Tuesday, August 3, 2010
Intro to my blackberry
Sent from my BlackBerry® Bold 9700 wireless device.